KESALAHAN TATABAHASA PADA PAPAN TANDA
Pada papan tanda, kita lihat perkataan 'mengbukanya'. Adakah kesalahan ini sengaja dilakukan atau pun penulis papan tanda ini kurang arif dengan penggunaan tatabahasa. Seharusnya sebelum sesuatu itu dibuat perlulah pihak-pihak tertentu mengambil tindakan yang sewajarnya demi menjaga keaslian bahasa kita. Sepatutnya perkataan yang betul adalah 'membukanya'.
Begitu juga dengan papan tanda di atas, iaitu ejaan 'bilek'. ketidak perihatian pihak tertentu menyebabkan perkara ini berlaku. Kadang kala kita lihat orang ramai sering mengambil mudah dengan penggunaan bahasa. Maka dengan itu timbullah bahasa rojak dan sebagainya. Sepatutnya 'bilik' adalah ejaan yang betul digantikan pada papan tanda di atas.
Pada hadapan kulit buku ini juga boleh terjadi kesalahan bahasa. Buku yang dibuat adalah buku Bahasa Melayu. Bagaimanakah boleh terjadi kesalahan ejaan ini. Sepatutnya ejaan 'Latihan' diletakkan pada hadapan kulit buku tersebut. Dalam ketiga-tiga contoh di atas, kita dapati ejaan yang dibuat adalah salah. Seharusnya kita perlu berhati-hati sebelum membuat papan tanda atau pun buku. Negara kita berusaha ke arah memartabatkan Bahasa Melayu. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama membetulkan yang salah dan membiasakan yang betul.
7 comments:
Saya setuju...marilahlah sama-sama kita memartabatkan bahasa Melayu. Betulkan yang salah dan biasakan yang betul.
satu pendapat yg berguna
Terima kasih. Untuk info semua.
perkongsian maklumat yg berguna...sama-samalah kita betulkan yg salah..256
Setuju. biasakan diri kita dengan ejaan yang betul dalam perkara-perkara dalam kehidupan seharian merupakan sesuatu yang perlu, walaupun hanya satu papan kenyataan yang kecil.
Nampaknya masih ramai yang tak ambil kisah kesalahan yang berlaku akibat kecuaian dan mungkin kesilapan sendiri. Agaknya tuan punya papan tanda kata, "lantaklah, dah terbuat. Nak buat lain, rugi la pulak!"
info yang amat menarik yang berfaedah dan manfaat
Post a Comment