Pages

Tuesday 23 August 2016

PELAKSANAAN  LITERASI  MAKLUMAT SEKOLAH  KEBANGSAAN  PASOH 2(F)

Perancangan  Pelaksanaan  Literasi Maklumat :
Objektif  Literasi  Maklumat :
·         Menambah ilmu pengetahuan dalam pencarian maklumat dalam kalangan  guru
dan murid
·         Meningkatkan kemahiran mencari maklumat melalui internet dan bahan bercetak
·         Merangsang minda guru dan pelajar melalui kaedah yang diperkenalkan
·         Menyuntik kreativiti pencarian maklumat dalam kalangan guru dan murid
·         Mempelbagaikan kaedah pencarian maklumat untuk menambah minat guru dan
pelajar dalam memperolehi ilmu, maklumat dan pengalaman baru

Aktiviti  Literasi maklumat :
·         Bengkel Literasi Maklumat  -  LDP  untuk guru, pendedahan melalui proses PdP
untuk pelajar
·         Kuiz  Mingguan  dan kuiz bulanan
·         Info Hunt
·         Kad Aktiviti Literasi Maklumat
·         Bicara Buku
·         Rakan Pembaca – bercerita di tapak perhimpunan dan PdP
·         Perkongsian Maklumat di tapak perhimpunan
·         Jejak Kamus
·         Peta Pemikiran
·         Penghasilan Buku Skrap

Sumber Rujukan :
·         Bahan Bercetak seperti buku cerita, buku rujukan, majalah, akhbar, risalah
·         Internet
·         Bahan Bukan Bercetak seperti  CD Pendidikan, CD filem, program TV (ASTRO)
Kolaborasi :
·         Menyediakan bahan yang boleh dirujuk oleh semua mata pelajaran
·         Bahan boleh digunapakai oleh guru dan murid (mesra pengguna)

         

Literasi Maklumat

KONSEP LITERASI MAKLUMAT
Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.
Kepentingan Literasi Maklumat
Dasar pembangunan negara:
1.     Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.
2.     Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
3.     Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan IT
4.     Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,   berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
5.     Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
6.     Pembangunan ICT dalam pendidikan
7.     Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
8.     Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup
Dari aspek Ekonomi
Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
1.     Organisasi  maya (Virtual Organization)
2.     Bertindak sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
3.     Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang pelbagai
4.     Penggunaan komputer dan sistem elektronik
5.     Setiap organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning      Organization)

Siapakah yang dikatakan sebagai seorang yang “Berliterasi Maklumat”?
1.     Boleh  mengenalpasti maklumat yang diperlukan
2.     Boleh  mengenalpasti bila maklumat diperlukan
3.     Bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
4.     Menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
5.     Menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
6.     Melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan atau teknologi
7.     Mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.

5 ELEMEN LITERASI MAKLUMAT
1. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN
     - Lokasi bahan
     - Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey
     - Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)
     - Bahan-bahan Bukan bercetak .
2.KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF
     - Penggunaan lembaran pengurusan grafik
     - Membanding beza
     - Membuat ramalan dan sebagainya
3. KEMAHIRAN BELAJAR
     - Membaca
     - Teknik mencatat Nota
4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
     - Verbal – mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.
     - Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan sebagainya.
     - Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.


5. KEMAHIRAN ICT
     - Pencarian maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian.
     - Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
     - Menggunakan perisian-perisian multimedia.

PERANAN LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran melalui:
1. Kerja kursus
2. Projek khusus mata pelajaran Tertentu
3. Aktiviti kelas
4. Aktiviti ko-kurikulum
5. Kerja kendiri
6. Program/aktiviti PSS
7. Program membaca

Di Malaysia  model-model yang diguna pakai  adalah :
The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz

1. Definisi Tugasan
     - Kenalpasti masalah
     - Kenalpasti keperluan maklumat
2. Strategi Pencarian Maklumat
      - Kenalpasti sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat mengikut keutamaan
3. Lokasi dan Akses
     - Kenalpasti lokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas talian)
     - Mencari maklumat yang relevan
4. Mengguna maklumat
     - Kenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat
     - Meringkaskan maklumat yang panjang lebar
     - Mencatat  sumber maklumat yang diperolehi
     - Membaca, mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat
5. Sintesis
     - Mengurus  dan merumus maklumat yang diperolehi dengan jelas
     - Melapor maklumat yang diperolehi dengan jelas
     - Mengambil  bahagian dalam perbincangan mengenai maklumat yang diperoleh
     - Mempersembah maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan penonton.
6. Penilaian
     - Menilai keberkesanan hasil pencarian maklumat
     - Menilai  proses perjalanan pencarian maklumat
     - Mencadangkan  penambahbaikan
     - Kenalpasti  keperluan mencari maklumat lanjut terhadap sebarang kekurangan

Petunjuk kejayaan sesuatu program literasi maklumat di sekolah
1- Peningkatan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
2- Peningkatan Permintaan Terhadap Bahan Maklumat
3- Peningkatan Permintaan Terhadap Akses Kepada Maklumat
4- Peningkatan Penyebaran Maklumat
5- Peningkatan Pencapaian Akademik
6- Peningkatan Pencapaian Ko-Kurikulum.

7- Aktivti penyelesaian masalah dan lain-lain.