Pages

Thursday 7 May 2015

Nota Khas: Imbuhan Pinjaman

Mengenalpasti imbuhan pinjaman awalan dan imbuhan pinjaman akhiran

Imbuhan Pinjaman Awalan :
a. juru-  >> orang yang mahir dalam sesuatu bidang.
            contoh : juruterbang, juruhebah, jururawat, jurugambar
b. maha- >> tertinggi, teragung
            contoh : mahasiswa, Maha Esa,Maha mulia
c. pra- >> sebelum, syarat kepada sesuatu
            contoh: prasekolah, prakata, praakhir
d. tata- >> susunan atau peraturan
            contoh : tatanegara, tatasusila, tatabahasa
e. pro- >> memihak, menyokong
             contoh : prokerajaan, prodemokrasi.
f. anti-  >> menentang, mencegah, benci
            contoh : antikerajaan, antidadah.
g. eka- >> satu, tunggal
            contoh : ekabahasa, ekasuku, ekawarna
h.dwi ->>dua
            contoh : dwifungsi, dwibahasa.
i. tri- >> tiga
            contoh: tribahasa, tribulan

Imbuhan Pinjaman Akhiran

a. -wan >> pekerjaan atau tugas, pemilik sesuatu  benda, sifat, dan pelaku sesuatu perbuatan.
             contoh :sasterawan,jutawan, pustakawan.
b. -wati >> pekerjaan atau tugas ( perempuan )
            contoh : sukarelawati, peragawati
c. -man  >> pekerjaan atau tugas , pemilik  sesuatu sifat
            contoh : sukarelawati, peragawati
d. -ita >> pekerjaan atau tugas ( perempuan )
            contoh: biduanita,karyawanita
e. -is >> pelaku, orang , keadaan
             contoh : saintis, cerpenis,praktis
f. -isme >> sifat, fahaman, sikap
            contoh : komunisme,sosialisme, petriotisme.


Friday 24 April 2015

Perkhemahan Pengakap SK Semerbok, Rembau, Negeri Sembilan

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan unit beruniform pengakap.

Tarikh: 18hb April 2015 - 19 April 2015
Tempat : Aimi Pedas Villa