Maklumat Semasa:
Penekanan kepada sistem
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam usaha melengkapkan graduan
pendidikan adalah antara 10 resolusi yang dicapai pada konvensyen antarabangsa
pembelajaran dan pembangunan guru di sini. Pengarah Penyelidikan Pembangunan
dan Inovasi Institut Pendidikan Guru (IPG) Dr Mohamad Nor Mohamad Taib berkata
penjelasan menyeluruh dan tepat perlu diberi kepada bakal guru agar mereka
lebih bersedia melaksanakan PBS. "Apa yang akan kita tekankan dalam masa
terdekat ini adalah untuk kita berikan penjelasan sebaik-baiknya,
sejelas-jelasnya dari segi teknikaliti tentang apa itu PBS kepada bakal
guru," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup konvensyen itu hari
ini. Selain itu, beliau berkata penekanan dan latihan PBS akan turut diberi
kepada guru sedia ada kerana sebilangan besar mereka belum jelas berhubung
konsep serta kaedah pelaksanaan PBS. Resolusi lain yang diterima pada
konvensyen disertai lebih 400 peserta dan penyelidik dalam dan luar negara itu
ialah penekanan kepada pendidikan berkualiti untuk murid pendidikan khas,
pemantapan amalan terbaik dalam pengajaran dan penstrukturan semula IPG. Mengulas
lanjut, Mohamad Nor berkata resolusi itu akan dicadang kepada Kementerian
Pelajaran untuk dimasuk ke dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.
6 comments:
Maklumat yang berguna untuk warga pendidik umumnya.
Satu Info yang berguna..tahniah
maklumat yg berguna..
maklumat yg berguna
maklumat yg berguna..
maklumat yg berguna
Post a Comment