Pages

Monday, 10 December 2012

Betulkan yang salah, biasakan yang betul.

KESALAHAN TATABAHASA PADA PAPAN TANDA


Pada papan tanda, kita lihat perkataan 'mengbukanya'. Adakah kesalahan ini sengaja dilakukan atau pun penulis papan tanda ini kurang arif dengan penggunaan tatabahasa. Seharusnya sebelum sesuatu itu dibuat perlulah pihak-pihak tertentu mengambil tindakan yang sewajarnya demi menjaga keaslian bahasa kita. Sepatutnya perkataan yang betul adalah 'membukanya'.

Begitu juga dengan papan tanda di atas, iaitu ejaan 'bilek'. ketidak perihatian pihak tertentu menyebabkan perkara ini berlaku. Kadang kala kita lihat orang ramai sering mengambil mudah dengan penggunaan bahasa. Maka dengan itu timbullah bahasa rojak dan sebagainya. Sepatutnya 'bilik' adalah ejaan yang betul digantikan pada papan tanda di atas.
Pada hadapan kulit buku ini juga boleh terjadi kesalahan bahasa. Buku yang dibuat adalah buku Bahasa Melayu. Bagaimanakah boleh terjadi kesalahan ejaan ini. Sepatutnya ejaan 'Latihan' diletakkan pada hadapan kulit buku tersebut. Dalam ketiga-tiga contoh di atas, kita dapati ejaan yang dibuat adalah salah. Seharusnya kita perlu berhati-hati sebelum membuat papan tanda atau pun buku. Negara kita berusaha ke arah memartabatkan Bahasa Melayu. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama membetulkan yang salah dan membiasakan yang betul. 

8 comments:

Nurulhuda Hussian said...

Saya setuju...marilahlah sama-sama kita memartabatkan bahasa Melayu. Betulkan yang salah dan biasakan yang betul.

zainuri shuib said...

satu pendapat yg berguna

NORMAH ISMAIL said...

Terima kasih. Untuk info semua.

feifong80 said...

Thanks for sharing!

Roziatuleafizal Yahaya said...

perkongsian maklumat yg berguna...sama-samalah kita betulkan yg salah..256

NG KOOI HEONG said...

Setuju. biasakan diri kita dengan ejaan yang betul dalam perkara-perkara dalam kehidupan seharian merupakan sesuatu yang perlu, walaupun hanya satu papan kenyataan yang kecil.

Hayati Ismail said...

Nampaknya masih ramai yang tak ambil kisah kesalahan yang berlaku akibat kecuaian dan mungkin kesilapan sendiri. Agaknya tuan punya papan tanda kata, "lantaklah, dah terbuat. Nak buat lain, rugi la pulak!"

cikgu sitisu said...

info yang amat menarik yang berfaedah dan manfaat