Pages

Thursday 13 December 2012

Polisemi



KATA BANYAK MAKNA 

1. Kata Banyak Makna bermaksud perkataan yang mempunyai  lebih daripada satu
maksud walaupun perkataan tersebut adalah sama.

2. Perbezaan makna sesuatu perkataan dapat difahami dalam konteks ayat tertentu.
Berikut contoh  beberapa patah perkataan banyak makna dan penggunaan dalam ayat:

Perkataan
Maksud
Ayat Contoh

1.dasar

-bahagian bawah
-asas
-latar

- Serbuk kopi itu mendap ke dasar cawan.
- Dasar kerajaan menetapkan pakaian batik pada hari Khamis.
- Pada dasarnya harimau merupakan binatang buas.


2.kaki

-anggota badan
-gemar sesuatu
-bahagian bawah

- Kaki adik sakit kerana terjatuh daripada basikal.
-Ayah saya memang kaki bola.
-Kaki seluar abang terkoyak semasa bermain basikal.


3. naik

-bergerak ke atas
-Bertambah
-bangkit


-Ibu naik tangga rumahnya.
-Badannya semakin naik semenjak tinggak bersama ibunya.
-Abang naik marah apabila dibuli oleh rakannya.

4. hulu

-bahagian sungai
-tempat memegang
-kawasan jauh di pedalaman


-Aliran air di hulu sungai itu sangat deras.
-Hulu parang itu diperbuat daripada kayu meranti.
-Orang yang tinggal di hulu pandai berburu binatang.

5. tajam

-tidak tumpul
-cerdik
-kata-kata


-Pisau yang dibeli oleh ibu itu sungguh tajam.
-Tajam juga otak kanak-kanak yang tinggal di kampung itu.
-Kata-kata ibu sungguh tajam sehingga menusuk ke hati.

6. lancar

-fasih
-licin


-Adik dapat membaca buku cerita itu dengan lancar.
-Program itu berjalan dengan lancar.

2 comments:

Unknown said...

Maklumat yang boleh dikongsi...amat sesuai untuk murid-murid.

Unknown said...

Satu maklumat yang dapat dikongsi. Perkatan banyak makna ini sering mengelirukan murid ketika menjawab soalan.