Memartabatkan Bahasa
Melayu ke Taraf Antarabangsa
Pada suatu ketika dahulu, bahasa
Melayu telah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah bahasa perantaran yang
diterima ramai. Pendatang-pendatang asing ketika itu, mempelajari bahasa Melayu
untuk berkomunikasi dengan warga-warga Melayu di Nusantara ini. Selain daripada
untuk berkomunikasi, bahasa Melayu merupakan lingua-franca dalam hal-hal
perdagangan dan pentadbiran (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa,
Abdul Hamid Mahmood, 1993, ms1-26).
Melayu akan kehilangan identitinya
dalam jangka masa yang mendatang jika tiada sesiapa yang sanggup menampil
kehadapan untuk mempertahankan kesenian itu sendiri. Arus globalizes yang
semakin deras, merupakan sebab utama bangsa Melayu semakin kurang petah akan
budaya dan bahasanya sendiri. Apakah kesenian dan bahasa Melayu mempunyai
banyak kekurangan? Ataupun adakah kita kekurangan penganut serta pengikut seni
dan bahasa Melayu? Atau ia adalah akibat daripada kelemahan pentadbiran dan
‘pemasaran’ oleh penggiat-penggiat seni itu sendiri?
Ekoran ini, mampukah kita
melestarikan kesenian dan bahasa Melayu itu ke peringkat antarabangsa sehingga
ia boleh sejajar merentas jalur budaya global bersamaan dengan bangsa-bangsa
lain. Bak pepatah Melayu yang kerapkali
didengari, ‘takkan Melayu hilang di dunia’. Seharusnya kita berpegang teguh
pada pepatah ini untuk mengekalkan identiti Melayu dan menempatkannya ke taraf
yang tertinggi dan dihormati. Bukan untuk melihat ‘pupusnya’ bangsa itu, akibat
kelekaan dan kecuaian yang dibuai modenisasi dan globalisasi.
Dengan adanya badan-badan
kesenian, persuratan, kesusasteraan dan bahasa Melayu di merata nusantara ini,
Melayu masih lagi mampu mengekalkan identitinya sebagai sebuah kaum yang wujud
di muka bumi ini. Badan-badan antaranya seperti MABBIM, Sri Warisan, ASWARA,Yayasan
Warisan Johor, ASAS 50, Dewan Bahasa Dan Pustaka, dan sebagainya, telah
dikenali dan diiktiraf akan sumbangan mereka dalam memartabatkan, melestarikan,
mengekalkan dan meletakkan Melayu di muka peta.
Lantas itu, haruskah perjuangan ini hanya
dilepaskan di pundak badan-badan tersebut? Tidak. Masyarakat Melayu sendiri
perlu memainkan peranan, walau sekecil manapun, untuk mempertahankan kesenian
dan bahasa Melayu dari terus pupus di muka bumi. Ini adalah kerana kesenian dan
bahasa adalah hak milik masyarakat Melayu sendiri. Ia merupakan tanggungjawab
yang harus dipikul oleh mereka. Kita tidak boleh leka dan membiarkan identiti
bangsa diragut dan hilang ditelan zaman.
7 comments:
Marilah kita sama-sama renungkan dan berusaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu ke pesada dunia. Insyakallah..
Tahniah, maklumat yang boleh dikongsi bersama untuk direnungi dan dihayati.
thank for sharing!
info yang menarik.... dan berfaedah
amat menarik.... info yang berfaedah
36Amat baik.... Info yang berfaedah
Terima kasih atas perkongsian maklumat ini.Blog yang dihasilkan oleh cikgu amat lengkap dan padat dengan nota,maklumat dan latihan yang berguna untuk murid-murid.Pastinya murid-murid cikgu dapat dimanfaatkan dengan adanya blog ini.Tahniah Cikgu Normah!
Post a Comment