Pages

Thursday 15 November 2012

PENILAIAN PENULISAN KARANGAN


1. menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
2. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
3. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
4. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.

LANGKAH-LANGKAH MENULIS KARANGAN


Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
a) Pengenalan / pendahuluan
b) Isi-isi dan kehendak soalan
c) Penutup / rumusan

A. PENGENALAN / PENDAHULUAN


Setiap karangan mestilah mempunyai  pendahuluan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

B. Isi / kehendak soalan.

Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan.Setiap isi perlu dikembangkan/dihuraikan dan ada contoh/bukti. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Tip-tip untuk mencari isi:

Kaedah I ( pertanyaan ):


a. Siapa ?
b. Bila ?
c. Mengapa ?
d. Di mana ?
e. Bagaimana ?




C. Penutup / rumusan


Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

STRATEGI MENULIS KARANGAN.


1. Sebelum menbulis karangan:

a. Memilih tajuk 
- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
- Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : ………………
Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )


b. Menyusun rangka karangan
- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang

c. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dahulu satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.
- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.

d. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

10 comments:

Unknown said...

Sgt menarik!~~

Unknown said...

Nota-nota itu berguna untuk cikgu dan murid juga!

Unknown said...

nota-nota yang sangat berguna kepada cikgu-cikgu dan murid-murid juga!

Unknown said...

bagus ! Teruskan usaha cikgu!

NOOR JEHAN BINTI MUSTAPA said...

tahniah dan terima kasih post ini berguna sangat!

NOOR JEHAN BINTI MUSTAPA said...

tahniah dan terima kasih info ini cikgu!

NOOR JEHAN BINTI MUSTAPA said...

TAHNIAH! TERIMA KASIH INFO INI...

Unknown said...

Notnota yang sangat bermanfaat kepada anak murid.

Unknown said...

Nota-nota yang sangat berguna kepada anak murid.

Unknown said...

nota-nota yang tepat dan padat.