Pages

Saturday 17 November 2012

BERITA PENDIDIKAN


Tidak sarapan jejas pembelajaran

Pengurus Pemasaran Sukan Milo, Ng Ping Loong (kanan) melayan murid SK Sungai Bumbun (A) bersarapan sempena program Gerakan Nutrisi anjuran jenama minuman itu di Pulau Indah, Selangor baru-baru ini.
Akibat tiada pengambilan diet makanan seimbang pada waktu pagi, murid sekolah terdedah kepada masalah kekurangan nutrien yang penting dalam badan sekali gus menjejaskan tumpuan serta pembelajaran mereka di sekolah.
Malah lebih buruk lagi, kata Pengetua Penyiasat Kaji Selidik Pemakanan Asia Tenggara (Seanuts) Malaysia, Prof. Poh Bee Koon, kekurangan nutrisi dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang dipanggil kebuluran tersembunyi atau hidden hunger.
''Kebuluran tersembunyi merupakan masalah kekurangan nutrisi atau zat yang tidak dapat dilihat seperti kekurangan vitamin D dan kalsium yang diperlukan tubuh manusia.
''Kanak-kanak yang menghidapi masalah ini kelihatannya nampak sihat dari segi fizikal namun sebenarnya tidak menerima komponen nutrien secukupnya yang diperlukan untuk tumbesaran mereka'', katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar Pemakanan dan Pembangunan Kanak-kanak di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Kaji selidik Seanuts baru-baru ini mendapati 3,542 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun tahun di negara kita mengalami kekurangan nutrisi dalam badan.
Hal ini mungkin disebabkan 32.1 peratus murid berumur tujuh hingga 12 tahun terlepas sarapan atau langsung tidak bersarapan.
Mengikut kajian Jabatan Nutrisi dan Diebetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2007 di 47 buah sekolah rendah bandar dan 41 sekolah luar bandar mendapati 32.1 peratus murid terlepas sarapan termasuk 7.5 peratus murid yang langsung tidak bersarapan.
Kelompok ini tidak bersarapan dengan alasan tidak mempunyai masa, mereka tidak lapar dan tidak mempunyai selera makan.
Bagi murid yang mengambil sarapan pula memberi sebab untuk sihat dengan mengambil menu kegemaran mereka seperti roti, nasi goreng dan mee goreng.
Kajian tersebut turut mendedahkan sarapan merupakan waktu yang paling diabaikan dalam kehidupan harian kanak-kanak ini berbanding waktu makan tengah hari dan makan malam.
Oleh sebab itu, tegas Bee Koon, ibu bapa seharusnya mengambil perhatian serius terhadap pemakanan anak-anak bagi membantu tumbesaran mereka seiring dengan usianya.
Sesuai dengan perkembangan tersebut, pengeluar makanan dan pakar nutrisi, Nestle Products Sdn. Bhd. menyumbang 10,000 sarapan pagi berupa air minuman Milo malt yang bernutrisi di tujuh sekolah rendah luar bandar dengan sasaran kepada murid kurang berkemampuan melalui Fasa Kedua Gerakan Nutrisi Milo.
Makanan tersebut diedarkan secara berperingkat selama dua minggu dengan kerjasama pihak pengurusan kantin sekolah terlibat bagi membekalkan murid dengan minuman Milo panas yang turut dihidang dengan makanan nutrisi sarapan lain.
Program berlangsung selama lima hari di setiap sekolah dengan kakitangan syarikat terbabit berperanan menyemai tabiat mengambil sarapan di kalangan murid di sekolah yang terlibat.
Selain dibekalkan menu sarapan, murid turut melakukan ikrar sarapan dengan meletakkan tanda tapak tangan di atas sebuah platform putih bagi menyemai amalan bersarapan di kalangan mereka pada masa depan.
Pihak Nestle turut menyampaikan ceramah pendek selama 20 minit kepada murid mengenai kepentingan sarapan bagi menjana tenaga sebelum memulakan pembelajaran dalam bilik darjah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121112/pe_01/Tidak-sarapan-jejas-pembelajaran#ixzz2CReyA4Td
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9 comments:

Cigku Azue said...

blog cikgu sangat menarik dan bermaklumat

Unknown said...

terima kasih kerana berkongsi maklumat!

NOOR JEHAN BINTI MUSTAPA said...

terima kasih info ini...

NOOR JEHAN BINTI MUSTAPA said...

terima kasih cikgu

Unknown said...

Blog yang penuh dengan maklumat berguna!

Unknown said...

Blog yang penuh dengan maklumat berguna!

Unknown said...

Tahniah...boleh berkongsi maklumat.

Unknown said...

Tahniah..boleh berkongsi maklumat

Unknown said...

Taniah, blog cikgu menarik dan paparan yang memberikan banyak maklumat