KONSEP
LITERASI MAKLUMAT
Literasi Maklumat adalah
suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan
dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format
serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan
sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat
pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.
Kepentingan
Literasi Maklumat
Dasar pembangunan negara:
1.
Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.
2.
Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia
berpengetahuan
3. Kerajaan
menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan
IT
4. Matlamat
Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia,
berilmu, berterampilan dan sejahtera
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
5. Konsep
Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan
dengan bantuan ICT
6.
Pembangunan ICT dalam pendidikan
7. Hidup dan
bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
8. Belajar
berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup
Dari
aspek Ekonomi
Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja
telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini
perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
1.
Organisasi maya (Virtual
Organization)
2. Bertindak
sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
3. Ramai
pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang pelbagai
4.
Penggunaan komputer dan sistem elektronik
5. Setiap
organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning Organization)
Siapakah yang dikatakan sebagai seorang yang
“Berliterasi Maklumat”?
1.
Boleh mengenalpasti maklumat yang
diperlukan
2.
Boleh mengenalpasti bila maklumat
diperlukan
3. Bagaimana
dan di mana maklumat boleh dikesan
4. Menilai
secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
5.
Menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
6.
Melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan
atau teknologi
7. Mengguna
maklumat yang diperolehi secara beretika.
5
ELEMEN LITERASI MAKLUMAT
1. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN
- Lokasi
bahan
- Sistem
pengkelasan perpuluhan Dewey
-
Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)
-
Bahan-bahan Bukan bercetak .
2.KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF
-
Penggunaan lembaran pengurusan grafik
-
Membanding beza
- Membuat
ramalan dan sebagainya
3. KEMAHIRAN BELAJAR
- Membaca
- Teknik
mencatat Nota
4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
- Verbal –
mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.
-
Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan
sebagainya.
-
Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.
5. KEMAHIRAN ICT
- Pencarian
maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian.
-
Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
-
Menggunakan perisian-perisian multimedia.
PERANAN
LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui
pelbagai strategi pengajaran melalui:
1. Kerja kursus
2. Projek khusus mata pelajaran Tertentu
3. Aktiviti kelas
4. Aktiviti ko-kurikulum
5. Kerja kendiri
6. Program/aktiviti PSS
7. Program membaca
Di Malaysia
model-model yang diguna pakai
adalah :
The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz
1. Definisi Tugasan
-
Kenalpasti masalah
-
Kenalpasti keperluan maklumat
2. Strategi Pencarian Maklumat
-
Kenalpasti sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat mengikut keutamaan
3. Lokasi dan Akses
-
Kenalpasti lokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas
talian)
- Mencari
maklumat yang relevan
4. Mengguna maklumat
-
Kenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat
-
Meringkaskan maklumat yang panjang lebar
-
Mencatat sumber maklumat yang diperolehi
- Membaca,
mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat
5. Sintesis
-
Mengurus dan merumus maklumat yang
diperolehi dengan jelas
- Melapor
maklumat yang diperolehi dengan jelas
-
Mengambil bahagian dalam perbincangan
mengenai maklumat yang diperoleh
-
Mempersembah maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan penonton.
6. Penilaian
- Menilai
keberkesanan hasil pencarian maklumat
- Menilai proses perjalanan pencarian maklumat
-
Mencadangkan penambahbaikan
-
Kenalpasti keperluan mencari maklumat
lanjut terhadap sebarang kekurangan
Petunjuk
kejayaan sesuatu program literasi maklumat di sekolah
1- Peningkatan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
2- Peningkatan Permintaan Terhadap Bahan Maklumat
3- Peningkatan Permintaan Terhadap Akses Kepada
Maklumat
4- Peningkatan Penyebaran Maklumat
5- Peningkatan Pencapaian Akademik
6- Peningkatan Pencapaian Ko-Kurikulum.
7- Aktivti penyelesaian masalah dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment