Tajuk Perbincangan
Tuliskan sebuah karangan cerita yang bertajuk ‘ Menabung’
Lengkapkan cerita di atas. Panjang cerita kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 1
Kamu
mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema
atau cerita yang hendak ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang penting
supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.
Soalan ini, memerlukan kamu memberikan gambaran mengenai satu cerita
yang berhubung dengan kebaikan, kelebihan orang yang suka menabung.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.
Lihat contoh peta minda.
Langkah 3
Berdasarkan
peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa
mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya anda tidak
kehilangan markah di bahagian ini.
No comments:
Post a Comment