· Melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
· Disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
· Menggunakan butir-butir
yang munasabah atau lojik.
· Pastikan jenis laporan, samada aktiviti persatuan, perayaan,
sambutan, perasmian.
· Laporan aktiviti persatuan, pelapor mesti berjawatan setiausaha.
· Isi-isi laporan adalah seperti tarikh, masa, tempat, kejadian, keadaan perasaan dan
pengalaman orang yang terlibat.
.
Penulisan
mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
·
Gunakan
bahasa yang ringkas dan padat.
Tajuk
Laporan : Ditulis dengan huruf
besar pada setiap awal kata dan digaris atau
ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis di tengah-
tengah. Boleh ditulis dalam dua baaris jika tajuka terlalu panjang.
Isi
Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan
diakhiri dengan penutup.
Pengakuan : Ditulis di sebelah kii selepas perenggan
terakhir.
Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan
pelapor.
Tandatangan : Ditulis di sebelah kiri bahagian
bawah selepas pengakuan pelapor.
Nama
Pelapor : Ditulis dengan huruf
besar di dalam kurungan selepas tandatangan.
Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian
bawah laporan dan dibubuh tanda koma
di hujungnya. Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili.
No comments:
Post a Comment