Pages

Thursday, 16 April 2015

Imbuhan Awlam dan akhiran (Pinjaman)

Imbuhan Pinjaman Awalan :
a. juru-  >> orang yang mahir dalam sesuatu bidang.
    contoh : juruterbang, juruhebah, jururawat, jurugambar

b. maha- >> tertinggi, teragung
    contoh : mahasiswa, Maha Esa,Maha mulia

c. pra- >> sebelum, syarat kepada sesuatu
    contoh: prasekolah, prakata, praakhir

d. tata- >> susunan atau peraturan
    contoh : tatanegara, tatasusila, tatabahasa

e. pro- >> memihak, menyokong
    contoh : prokerajaan, prodemokrasi.

f. anti-  >> menentang, mencegah, benci
   contoh : antikerajaan, antidadah.

g. eka- >> satu, tunggal
    contoh : ekabahasa, ekasuku, ekawarna

h.dwi ->>dua
   contoh : dwifungsi, dwibahasa.

i. tri- >> tiga 
   contoh: tribahasa, tribulan


Imbuhan Pinjaman Akhiran

a. -wan >> pekerjaan atau tugas, pemilik sesuatu
                  benda, sifat, dan pelaku sesuatu perbuatan.
   contoh :sasterawan,jutawan, pustakawan.

b. -wati >> pekerjaan atau tugas ( perempuan )
    contoh : sukarelawati, peragawati

c. -man  >> pekerjaan atau tugas , pemilik
                    sesuatu sifat 
    contoh : sukarelawati, peragawati

d. -ita >> pekerjaan atau tugas ( perempuan )
   contoh: biduanita,karyawanita

e. -is >> pelaku, orang , keadaan 
    contoh : saintis, cerpenis,praktis

f. -isme >> sifat, fahaman, sikap
   contoh : komunisme,sosialisme, petriotisme.

Imbuhan Pinjaman

Imbuhan Pinjaman ( Koleksi Nota )


Nota : Tatabahasa ( Imbuhan Pinjaman)
·         Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran
  Awalan  maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh:
Maha_
Maksud
Mahaguru
Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti, profesor, ketua sesuatu kumpulan silat.
Maharaja
Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar
Mahasiswa
Penuntut di universiti
mahasiswi
Penuntut perempuan di universiti

    Awalan tata - :  yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan atau sistem
Tata -
Maksud
Tatacara
Susunan acara, agenda
Tatabahasa
Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu.
Tatacara
Cara dan peraturan
Tatanegara
Susunan dan bentuk pemerintahan negara.
Tatasusila
Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik.
tatatertib
Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin.

Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh:
-wan
Maksud
Angkasawan
Orang yang pergi ke angkasa lepas.
Bangsawan
Orang yang berbangsa atau keturunan mulia.
Budayawan
Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)
Cendekiawan
Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual
Dermawan
Orang yang suka menderma ( pemurah )
Jelitawan
Gadis atau wanita yang jelita atau cantik
Jutawan
Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak
Hartawan
Berharta , kaya
Karyawan
Penghasil karya, pencipta atau penulis
Negarawan
Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara, orang yang memegang atau pernah memegangntampuk pemerintahan sesebuah negara.
Olahragawan
Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.
Peragawan
Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian.
Pustakawan
Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan.
Rupawan
Perempuan yang cantik.


sejarawan
Ahli sejarah
Sukarelawan
Orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka rela.
Usahawan
Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha.
Wartawan
Orang yang menulis berita atau rencana untuk media massa.
     
Akhiran – man : bermaksud yang ahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh:
-          man
Maksud
Budiman
Orang yang berbudi
Seniman
Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.

Akhiran – wati : bermaksud perempuan yang ahli  Contoh:
-          wati
Maksud
Olahragawati
Orang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.
Peragawati
Permpuan yang memperagakan atau mempamerkan pakaian yang dipakainya.
Seniwati
Bintang filem
Sukarelawati
Orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela.

Akiran  - ita : bermaksud wanita. Contoh:
-ita
Maksud
bidunita
Penyanyi atau pelakon wanita.

Tuesday, 18 December 2012

Bahasa Istana


BAHASA ISTANA
● Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja,
apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja, serta apabila menyebut
hal-ehwal  berkenaan raja. Bahasa istana masih digunakan hari ini biarpun sistem
Feudal lama hanya tinggal sejarah.
● Bahasa istana berasal dari bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang
berlainan, atau penggunaan bahasa yang berbeza sama sekali.
● Di bawah adalah contoh bahasa istana dan pengertian dalam bahasa Melayu.

Bahasa Istana
Bahasa Melayu
Beradu
Tidur
Berangkat
Berlepas; bertolak
bersiram
mandi
Almarhum
Allahyarham
Ampun kurnia
Maaf
Anugerah
Beri; hadiah
Bercemar duli
Berjalan; pergi ke
berkenan
Sudi; suka akan
berputera
Beranak; bersalin
bertitah
berkata
beta
saya
daulat
bahagia
gering
sakit
Hari keputeraan
Hari jadi
hulu
kepala
Iram-iram
payung
kaus
kasut
mahkota
topi
makam
kubur
mangkat
Meninggal dunia
menghadap
menjumpai
murka
marah
peraduan
Tempat tidur
permaisuri
isteri
putera
Anak lelaki
puteri
Anak perempuan
santap
makan
semanyam
Tempat tinggal; duduk
sembah
Memberi salam
singgahsana
kerusi

Friday, 14 December 2012

Penjodoh Bilangan


PENJODOH BILANGAN

●Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang
  Menunjukkan jumlah atau bilangan.
●Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti  batang, buah,
  Ekor, orang dan sebagainya.
●Senarai penjodoh bilangan, penggunaan, dan contoh:

Penjodoh Bilangan
penggunaannya
Contohnya
angkatan
untuk sekumpulan manusia atau benda
kapal, tentera, pelukis, penulis
baris
untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris
orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batang
untuk menunjukkan benda-benda yang panjang
sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk
untuk benda-benda kecil yang berkeluk
mata kail, subang, cincin
berkas
untuk benda-benda yang diikat bersama-sama
kunci, lidi, kayu
bidang
untuk benda-benda yang terbentang luas
tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
biji
untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil
labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
Bilah
untuk benda-benda yang tajam
parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah
untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
buku
untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah
sabun, roti, benang
butir
untuk benda-benda yang bulat atau kecil
telur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebis
untuk benda-benda yang dikoyakkan
kertas, kain
cubit
untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
garam, gula, kunyit
cucuk
untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
sate
das
untuk bunyi letupan atau tembakan
meriam, pistol, senapang
deret
untuk benda-benda yang tersusun
bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor
untuk semua jenis binatang
nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
genggam
untuk benda-benda yang digenggam
pasir, beras, padi
gugus
untuk buah-buah ataupun benda
anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
gulung
untuk benda-benda yang bergulung
filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
helai
untuk benda-benda yang nipis dan lebar
daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
ikat
untuk benda-benda yang diikat
kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris
untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil
bawang, timun, daging, buahbuahan
jambak
untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
bunga, kunci
kaki
untuk benda-benda yang bertangkai
payung, cendawan, bungs
kawan
untuk kumpulan haiwan
lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok
untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda
burung, awan, pulau, bintang
kepal
untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan
nasi, pulut, tanah
keping
untuk benda-benda yang nipis atau pipih
roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
kerat
untuk bahagian benda-benda yang dipotong
roti, tiang
Ketul
untuk benda-benda yang berketul dan padu
ais, daging, tulang, sabun, roti
Kotak
untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak
mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
kuntum
untuk bungs
mawar, melati, anggerik
Laras
untuk senjata api
pistol, senapang, meriam
lembar
benda-benda yang lurus dan panjang
kertas, dawai, benang
longgok
untuk benda-benda yang berada dalam longgokan
durian, pakaian, tanah, cili
naskhah
untuk bahan bacaan yang berjilid
surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
Orang
untuk manusia
guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
Papan
untuk benda-benda yang berbentuk kepingan
coklat, petai, mercun
pasang
untuk benda dan manusia yang berpasangan
pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
pangsa
untuk bahagian dalam buah
durian
pasukan
untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam
pemain kompang, polis, tentera pengakap
patah
untuk kata
perkataan, kata-kata
potong
untuk benda-benda yang sudah dipotong
kuih, daging, roti
pucuk
untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api
jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung
puntung
untuk sebahagian benda yang masih menyala
rokok, bara, kayu api
rangkap
untuk puisi
pantun, sajak, syair
rawan
untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat
jala, jaring, pukat
ruas
untuk benda yang beruas-ruas
tebu, buluh
rumpun
untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
buluh, tebu, serai, pandan, padi
sikat/sisir
untuk buah pisang
pisang
tandan
untuk buah-buahan yang bertandan
pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkai
untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai
rambutan, duku, kenanga, padi, daun
titik
untuk cecair yang menitis
air, darah, dakwat, embun
tongkol
untuk buah yang bertongkol
jagung
ulas
untuk isi buah-buahan yang berpangsa
durian, limau, nangka, cempedak
urat
untuk benda-benda yang halus dan panjang
rambut, benang, dawai,
utas
untuk benda-benda yang panjang
tali, dawai, rantai